AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI NOTIS DAN KEBENARAN

Dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta") berkuatkuasa bermula dari 15 November 2013 dan secara ketat mematuhi Seksyen 7 Akta tersebut, kami di Universal Motor Sdn Bhd (dalam notis ini dirujuk sebagai "UNI"), berhasrat untuk menjamin anda bahawa kami mengambil privasi anda secara serius dan adalah komited kepada perlindungan maklumat peribadi pelanggan kami.

 

Notis bertulis ini (“Notis”) bertujuan untuk memaklumkan anda tentang hak-hak anda berkenaan dengan data peribadi anda yang sedang diproseskan atau yang sedang dikumpulkan dan selanjutnya diproses oleh kami atau bagi pihak kami.

 

Selaras dengan pematuhan kami dengan Akta tersebut dan komitmen kami, kami berhasrat untuk memaklumkan bahawa data peribadi anda (termasuk data peribadi sensitif dan apa-apa maklumat tambahan yang mungkin anda kemudian memberikan kepada UNI) seperti nama, penghormatan, gambar-gambar, No. Kad Pengenalan atau pasport, jantina, kaum, agama, etnik, kewarganegaraan, tarikh lahir, umur, alamat-alamat, butir-butir kenalan, butir-butir kad kredit, status perkhawinan, butir-butir keluarga terdekat anda, butir-butir pekerjaan dan pendapatan anda, butir-butir pinjaman, butir-butir harta, butir-butir perujuk, data cara hidup dan data lain yang berkaitan yang dikumpul dari anda atau dari dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan di perenggan di bawah, boleh digunakan untuk tujuan-tujuan:

  • menilai dan/atau memproses apa-apa permohonan yang dikemukakan oleh anda;
  • memudahkan pembelian anda dan penyediaan satu jualan;
  • untuk mengurus dan berkhidmat perhubungan kami dengan anda dan memberikan anda dengan khidmat pelanggan yang lebih baik;
  • menjalankan kaji selidik pasaran, penyelidikan atas perancangan, produk analisis trend, barangan dan perkhidmatan;
  • menghantarkan pengemaskinian, risalah, bahan-bahan pengiklanan dan promosi, bahan komersial;
  • membalas kepada pertanyaan anda;
  • memberikan anda dengan maklumat atas produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami;
  • melaporkan kepada apa-apa pihak berkuasa yang berkaitan;
  • membalas kepada apa-apa tuntutan atau proses undang-undang;
  • penyediaan dan pengemukaan apa-apa tuntutan dan bayaran kepada mana-mana pihak atau untuk apa-apa audit/pemeriksaan oleh mana-mana pihak untuk apa jua tujuan berkaitan dengan perniagaan Isuzu Malaysia dan/atau UNI;
  • membolehkan kami untuk membalas kepada permintaan anda untuk sesi pandu uji;
  • tujuan-tujuan lain yang berkaitan langsung dengan yang disebutkan di atas.

(secara kolektif, "Tujuan").

 

Data peribadi anda akan dan sedang dikumpulkan secara langsung daripada anda, dan/atau daripada UNI, dan/atau dari maklumat yang telah anda berikan dalam dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada semua permohonan, borang pendaftaran, atau permintaan (sama ada elektronik atau sebaliknya) yang telah anda lengkapkan, bersama-sama dengan mana-mana maklumat tambahan yang mungkin kami perolehi melalui komunikasi lisan atau bertulis dengan anda.

 

Kami boleh menyimpankan maklumat dan data anda untuk tempoh yang munasabah untuk membolehkan kami memenuhi Tujuan tersebut.

 

Kami juga boleh mendedahkan atau berkongsi maklumat dan data peribadi anda, yang telah dikumpulkan dari pelbagai sumber yang dinyatakan di atas, kepada rakan-rakan kongsi niaga dan syarikat-syarikat bersekutu kami seperti yang berikut:

  • mana-mana entiti dalam syarikat Isuzu Malaysia Sdn Bhd (Prinsipal kami di Malaysia, (selanjutnya dirujuk sebagai "IMSB")) dan tidak terhad kepada rakan Kongsi usaha sama, kontraktor, pembekal, pengiklan and pakar perunding;
  • mana-mana pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada kontraktor UNI, ejen, pembekal, pengedar, perunding, peguam, auditor, majikan, rakan kongsi, rakan kongsi usaha sama, pengiklan, pembeli, operator rangkaian, penyedia produk dan perkhidmatan (termasuk mereka yang membantu kami dalam menyediakan laman web UNI), syarikat berkaitan, mana-mana pihak berkuasa (kerajaan/bukan kerajaan), kedutaan, badan statutori, badan penguatkuasa, dan institusi kewangan;
  • mana-mana orang lain yang di bawah kewajipan kerahsiaan kepada UNI;
  • organisasi-organisasi yang membekalkan arkib, pengauditan, nasihat profesional, kutipan hutang, insurans, pemasaran, perbankan, pengiklanan, rumah mel, penghantaran, pengambilan, pusat panggilan, teknologi, penyelidikan, utiliti, program kesetiaan dan perkhidmatan keselamatan.

Selain daripada yang disebutkan di atas (yang mana anda dengan ini memberikan persetujuan), maklumat peribadi dan data anda tidak akan dipindahkan dengan sengaja ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga lain.

 

Untuk Tujuan tersebut, kami atau rakan-rakan kongsi peniaga dan syarikat-syarikat bersekutu kami boleh menghubungi anda melalui pos, emel, telefon, SMS, fax atau apa-apa bentuk komunikasi elektronik untuk memaklumkan anda tentang perkhidmatan atau produk yang mungkin menarik minat anda.

 

Anda mempunyai hak untuk meminta sesalinan maklumat dan data peribadi anda (di mana kami akan mengenakan anda bayaran yang ditetapkan), untuk mengehadkan pemprosesan maklumat dan data peribadi anda, dan untuk meminta pembetulan maklumat dan data peribadi anda. Kami berusaha untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan bahawa maklumat dan data peribadi yang kami kumpulkan dan/atau proses adalah ditunjukkan dengan tepat dalam sistem kami mengikuti dengan butir-butir yang diberikan oleh anda. Oleh itu, ketepatan maklumat dan data peribadi tersebut bergantung sebahagian besarnya atas maklumat yang anda memberikan kepada kami. Sila maklumkan kami dengan serta-merta jika data peribadi anda yang diberikan kepada kami adalah salah, tidak tepat atau tarikh luput.

 

Untuk tujuan ini, anda boleh menghubungi kami seperti berikut:

Marketing Department

Universal Motor Sdn Bhd
Lorong Crystal, Jalan Apas Batu 4 Tawau, Sabah, 91000

or e-mail us at the following address: [email protected]

 

Data peribadi anda yang diminta oleh kami adalah diperlukan untuk kami melaksanakan apa-apa Tujuan tersebut. Jika anda gagal membekalkan kepada kami data peribadi yang dimintakan, kami mungkin tidak dapat memproseskan data peribadi anda untuk apa-apa Tujuan tersebut.

 

Jika anda memberikan kami maklumat tentang orang lain, anda mengesahkan bahawa orang lain tersebut telah melantikan anda untuk bertindak bagi pihak beliau dan telah bersetuju bahawa anda boleh:

  • memberi kebenaran bagi pihak beliau untuk memproses maklumat dan data peribadi beliau (termasuk apa-apa maklumat dan data peribadi sensitif);
  • memberi kebenaran untuk meminda maklumat dan data peribadi beliau ke luar negara;
  • menerima bagi pihak beliau apa-apa notis perlindungan data.

 

Jika anda tidak membenarkan kami untuk memproses data peribadi anda dengan cara yang disebut terdahulu, sila memberitahu kami dengan menghubungi di alamat atau emel yang dinyatakan di atas.

 

Sila ambil notis bahawa:

 

  • Notis ini adalah dikeluarkan dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Inggeris dan dalam apa jua keadaan tidak konsisten, versi bahasa Inggeris akan mengatasi; dan
  • UNI berhak untuk meminda atau mengubah Notis ini dari semasa ke semasa yang akan dikemas kini secara automatik pada laman web UNI. Anda dinasihati untuk melayari laman web tersebut dari semasa ke semasa.